suatu perjumpaan kecil-kecilan...semoga perkumpulan kita ini tidak lain dan tidak bukan semata-mata untu mendapat keredhaan Allah s.w.t....tiada erti hidup kita di dunia ini jika terpisah dengan Islam....diharap ukhuwah yang terbina ini akan sentiasa bertaut teguh hingga ke akhirat,insyaallah...
suatu perjumpaan kecil-kecilan...semoga perkumpulan kita ini tidak lain dan tidak bukan semata-mata untu mendapat keredhaan Allah s.w.t....tiada erti hidup kita di dunia ini jika terpisah dengan Islam....diharap ukhuwah yang terbina ini akan sentiasa bertaut teguh hingga ke akhirat,insyaallah...
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
(Ali-’Imran: 185)Sebuah van yang memuatkan seramai 9 orang termasuk pelajar-pelajar Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) ranap teruk dihempap sebatang pokok di hadapan Kilang Gula Chuping pada jam 9.15 pagi tadi.
Menurut sumber berita, kesemua pelajar yang dibawa oleh Encik Shahidan Bin Ali yang merupakan pemandu van tersebut - dalam perjalanan ke kawasan tersebut untuk melakukan tugasan kajian tempatan anjuran pihak sekolah.
Sumber dari Utusan Online.
Antara nama sahabat yang terlibat dalam kemalangan tersebut:
1. Shahidan Bin Ali -- Pemandu- Meninggal,
2. Muhd Izzat Bin Ismail -Tingkatan 5 - Meninggal,
3. Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan - Tingkatan 2 - Meninggal,
4. Muhd Ahnaf Bin Anisoffian - Tingkatan 2, Cedera Parah.
5. Muhd Shauqi Bin Salahuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
6. Muhd Iqbal Bin Aminuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
7. Muhd Faris Mustaqim Bin Nazri - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
8. Muhd Zalfadhli Bin Rodi - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
9. Omar Mokhtar Bon Shirin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
Sumber dari Utusan Online.
Antara nama sahabat yang terlibat dalam kemalangan tersebut:
1. Shahidan Bin Ali -- Pemandu- Meninggal,
2. Muhd Izzat Bin Ismail -Tingkatan 5 - Meninggal,
3. Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan - Tingkatan 2 - Meninggal,
4. Muhd Ahnaf Bin Anisoffian - Tingkatan 2, Cedera Parah.
5. Muhd Shauqi Bin Salahuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
6. Muhd Iqbal Bin Aminuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
7. Muhd Faris Mustaqim Bin Nazri - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
8. Muhd Zalfadhli Bin Rodi - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
9. Omar Mokhtar Bon Shirin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
Kita doakan moga Allah tempatkan mereka yang pergi bersama dengan orang-orang yang diredhai oleh-Nya. Bagi kita yang masih diberi peluang untuk hidup, bersamalah kita manfaatkan hidup ini untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur.
Wallahu'alam..
Pada 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal 1432, Hazman Yani telah menamatkan zaman bujang beliau bersama pilihan hati, Masyitah. Kenduri beliau telah berlangsung di Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDAR), Kedah.
Ehtesham Saab merupakan wakil Gen10 yang telah meluangkan masa beliau untuk turut hadir ke majlis Walimatul Urus Hazman Yani dan isteri.
Ehtesham Saab merupakan wakil Gen10 yang telah meluangkan masa beliau untuk turut hadir ke majlis Walimatul Urus Hazman Yani dan isteri.
Hazman Yani dan Masyitah (Pengantin berbaju putih) bersama sahabat2 beliau. Yang pakai kopiah putih belah kanan, bukan pengantin.
Juga berlangsung majlis perkahwinan si jejaka Perlis, Muhammad Maahi Latiff dan pasangan beliau, Maisarah pada 3 September 2011 (Sabtu) bersamaan 5 Syawal 1432 di perkarangan rumah ayah beliau yang tidak asing lagi bagi semua warga Gen10 iaitu Pakcik Abdul Latiff.
Gen10 yang dapat hadir ke majlis perkahwinan Teacher Maahi yang sentiasa macho dan bergaya.
Warga Gen10 mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pengantin yang telah meneruskan perjuangan beliau sebagai seorang suami. Kami doakan moga diberikan kekuatan dalam membina Baitul Muslim dan berjaya dalam kehidupan berkomitmen.
Barakallahu Lakuma..
Pada 20 Ramadhan 1432 bersamaan 20 Ogos 2011 telah berlangsungnya Mini Reunion Gen-X yang dirancang secara mengejut dan terkejut di bumi yang penuh kenangan, Perlis Darul Sunnah. Kami sempat singgah di rumah Cikgu Osman Arof mendengar bancuhan dan gaulan beliau. Beliau masih maintain dalam menyebarkan formula SIIT (Sabar, Ikhlas, Iman, Taqwa). Meksipun sekejap, tetapi banyak perkara baru yang kami dapat bukan sahaja dari aspek Sejarah malah termasuklah politik, isu semasa dunia dan yang paling penting Tarbiyah Islamiyah. Moga Allah memberkati murabbi yang kami sayang, Cikgu Osman.
Sekitar pukul 6.45petang, kami bergerak menuju ke tempat yang tidak asing lagi buat warga Gen-X, Kuala Perlis untuk meneruskan "perjuangan" di sana. Sekitar 16 orang warga Gen-X yang dapat menghadirkan diri dalam program Iftar terkejut ini. Majlis bermula sejenak selepas azan Maghrib berkumandang bagi kawasan Kuala Perlis dan sama waktu dengannya. Peluang yang agak sukar untuk kumpul ramai-ramai tapi alhamdulillah, still dapat sit down bersama. Walaupun hanya 16 orang yang hadir, tapi bisingnya dapat dinisbahkan umpama satu batch yang hadir. Selamat berjuang sahabat-sahabat Gen-X sekalian.
Maahi Latif sempat membuat jemputan kepada semua warga Gen-X untuk menghadiri majlis pernikahan beliau yang bakal berlangsung pada 3 September 2011 bersamaan 5 Syawal 1432. InsyaAllah kita try susun bagi ramai dapat attend. InsyaAllah..=)
Masih belum terlambat untuk warga Gen-X mengucapkan tahniah kepada Muhammad Zaid Rosli yang telah bergelar bapa. Untuk pengetahuan semua ahli Gen-X, beliau dan zaujah (Nadwa Kasim) kini berada di bumi Alexandria, Egypt. Beliau telah dikurniakan seorang cahaya mata putera seberat 3.5kg. Diberi nama Azzam Mujahid dimana telah selamat dilahirkan di Hospital Al-Ahly pada pukul 7.30 am, 12 Ramadhan 1432 bersamaan 12 Ogos 2011.
Moga dengan kehadiran putera Azzam Mujahid ini dapat memberi kekuatan dan semangat pada si ayah dan ibu dalam meneruskan perjalanan dakwah dan tarbiyah serta menjadi penyegar ayah si ayah yang penat study..=)
Wallahu'alam..
Alhamdulillah, masih belum terlambat dari pihak GenX untuk mengucapkan tahniah buat Faris Mutalib a.k.a Pak Mat Laju dan pasangan beliau, Farah Zahari dengan kehadiran seorang insan ke dalam family mereka. Baby boy mereka dilahirkan pada 24 April 2011 (12:29) seberat 3.29 kg. Moga dengan kehadiran anak ini dapat menambahkan lagi kebahagiaan dan kami doakan moga anda terus belajar untuk menjadi suami isteri yang soleh solehah dan ibubapa yang mithali. InsyaAllah..
*Steady la AFAM..nanti buat seminar untuk kami plak kongsi tips..Hahaha
*Steady la AFAM..nanti buat seminar untuk kami plak kongsi tips..Hahaha


Jumaat lalu tanggal 10hb Disember 2010, pemidato terhandal kita Wan Mohd Basyir bin Wan Mohd Zaim telah menamatkan zaman bujang beliau dengan sekali lafaz..Beliau kelihatan tenang pada majlis akad nikah walaupun ada "titisan2" yang berlaku..Haha..Majlis perkahwinan beliau berlangsung pada esoknya (11hb Disember 2010) di Taman Guru, Kangar..Isteri beliau merupakan salah seorang batch GEN 10 iaitu 'Atiyah binti Mansor..Time majlis ni Basyir dapat mengawal tahap pemakanan beliau..Jarang2 sekali berlaku..Tahniah buat beliau..
Basyir kelihatan tenang time akad nikah
Tak ramai ahli Gen 10 Sahabat yang dapat hadir time kenduri kat Perlis..Kebanyakkan ada urusan yang tak dapat dielak kan..Mungkin akan hadir belah Gombak punya nanti (25hb Disember 2010)..InsyaAllah..
So, kami semua nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Basyir & 'Atiyah..Semoga Allah mudahkan segala urusan dalam menjalani kehidupan bersuami isteri dalam rangka melengkapi sebahagian dari deen..Kepada Basyir, teruskan nukilan2 hebat anda..Kami masih merindui penulisan anda..Hehe
Archives
Categories
- Abdul Faris (2)
- Abdul Raqiib (1)
- Anak (3)
- Basyir (1)
- Bekerja (1)
- Gen10 members (2)
- Harith Rahim (1)
- Hazman Yani (1)
- Maahi (1)
- Our songs (1)
- PLM (1)
- Reunion (2)
- Walimah (2)
- Zaid Rosli (1)








