Showing posts with label Reunion. Show all posts

Peristiwa 20 Ramadhan

Pada 20 Ramadhan 1432 bersamaan 20 Ogos 2011 telah berlangsungnya Mini Reunion Gen-X yang dirancang secara mengejut dan terkejut di bumi yang penuh kenangan, Perlis Darul Sunnah. Kami sempat singgah di rumah Cikgu Osman Arof mendengar bancuhan dan gaulan beliau. Beliau masih maintain dalam menyebarkan formula SIIT (Sabar, Ikhlas, Iman, Taqwa). Meksipun sekejap, tetapi banyak perkara baru yang kami dapat bukan sahaja dari aspek Sejarah malah termasuklah politik, isu semasa dunia dan yang paling penting Tarbiyah Islamiyah. Moga Allah memberkati murabbi yang kami sayang, Cikgu Osman.

Sekitar pukul 6.45petang, kami bergerak menuju ke tempat yang tidak asing lagi buat warga Gen-X, Kuala Perlis untuk meneruskan "perjuangan" di sana. Sekitar 16 orang warga Gen-X yang dapat menghadirkan diri dalam program Iftar terkejut ini. Majlis bermula sejenak selepas azan Maghrib berkumandang bagi kawasan Kuala Perlis dan sama waktu dengannya. Peluang yang agak sukar untuk kumpul ramai-ramai tapi alhamdulillah, still dapat sit down bersama. Walaupun hanya 16 orang yang hadir, tapi bisingnya dapat dinisbahkan umpama satu batch yang hadir. Selamat berjuang sahabat-sahabat Gen-X sekalian.



Maahi Latif sempat membuat jemputan kepada semua warga Gen-X untuk menghadiri majlis pernikahan beliau yang bakal berlangsung pada 3 September 2011 bersamaan 5 Syawal 1432. InsyaAllah kita try susun bagi ramai dapat attend. InsyaAllah..=)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Iftar Bersama Gen10 (Mini Reunion)

Assalamualaikum.

Gen 10 datang lagi dengan Mini Reunion G10 di bulan Ramadhan yang mulia ini. (Baca dengan intonasi iklan Ding Dang)

Kenyataan seperti tertera di gambar bawah.


atau boleh pergi ke link Facebook Invitation untuk event iftar mini reunion ini.

Tarikh: 29 August 2010
Masa: Masa berbuka
Tempat: Restoran Seafood Klang
Bajet: RM15 seorang

Dan juga penampilan khas oleh seorang sahabat kita yang sedang melanjutkan pelajaran ke oversea dan akan pulang pada tarikh tersebut. Jadual dia sangat pack, so, boleh ambil peluang ni untuk berjumpa beliau.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saudara Wan Basyir dan untuk yang akan datang dari UIA, sila hubungi saya Shu'bah.

Sekian dulu. Semoga dapat berjumpa di sana.

Ramadhan Kareem untuk semua. Selamat berpesta Ibadah. (^_^)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati