Archives

Tragedi 11 September 2011

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
(Ali-’Imran: 185)



Sebuah van yang memuatkan seramai 9 orang termasuk pelajar-pelajar Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) ranap teruk dihempap sebatang pokok di hadapan Kilang Gula Chuping pada jam 9.15 pagi tadi.

Menurut sumber berita, kesemua pelajar yang dibawa oleh Encik Shahidan Bin Ali yang merupakan pemandu van tersebut - dalam perjalanan ke kawasan tersebut untuk melakukan tugasan kajian tempatan anjuran pihak sekolah.
Sumber dari Utusan Online.

Antara nama sahabat yang terlibat dalam kemalangan tersebut:
1. Shahidan Bin Ali -- Pemandu- Meninggal,
2. Muhd Izzat Bin Ismail -Tingkatan 5 - Meninggal,
3. Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan - Tingkatan 2 - Meninggal,
4. Muhd Ahnaf Bin Anisoffian - Tingkatan 2, Cedera Parah.
5. Muhd Shauqi Bin Salahuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
6. Muhd Iqbal Bin Aminuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
7. Muhd Faris Mustaqim Bin Nazri - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
8. Muhd Zalfadhli Bin Rodi - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
9. Omar Mokhtar Bon Shirin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,

Kita doakan moga Allah tempatkan mereka yang pergi bersama dengan orang-orang yang diredhai oleh-Nya. Bagi kita yang masih diberi peluang untuk hidup, bersamalah kita manfaatkan hidup ini untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur.
Wallahu'alam..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Yani Dan Maahi

Pada 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal 1432, Hazman Yani telah menamatkan zaman bujang beliau bersama pilihan hati, Masyitah. Kenduri beliau telah berlangsung di Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDAR), Kedah.
Ehtesham Saab merupakan wakil Gen10 yang telah meluangkan masa beliau untuk turut hadir ke majlis Walimatul Urus Hazman Yani dan isteri.

Hazman Yani dan Masyitah (Pengantin berbaju putih) bersama sahabat2 beliau. Yang pakai kopiah putih belah kanan, bukan pengantin.

Juga berlangsung majlis perkahwinan si jejaka Perlis, Muhammad Maahi Latiff dan pasangan beliau, Maisarah pada 3 September 2011 (Sabtu) bersamaan 5 Syawal 1432 di perkarangan rumah ayah beliau yang tidak asing lagi bagi semua warga Gen10 iaitu Pakcik Abdul Latiff.

Gen10 yang dapat hadir ke majlis perkahwinan Teacher Maahi yang sentiasa macho dan bergaya.

Warga Gen10 mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pengantin yang telah meneruskan perjuangan beliau sebagai seorang suami. Kami doakan moga diberikan kekuatan dalam membina Baitul Muslim dan berjaya dalam kehidupan berkomitmen.
Barakallahu Lakuma..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati