Pada 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal 1432, Hazman Yani telah menamatkan zaman bujang beliau bersama pilihan hati, Masyitah. Kenduri beliau telah berlangsung di Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDAR), Kedah.
Ehtesham Saab merupakan wakil Gen10 yang telah meluangkan masa beliau untuk turut hadir ke majlis Walimatul Urus Hazman Yani dan isteri.
Ehtesham Saab merupakan wakil Gen10 yang telah meluangkan masa beliau untuk turut hadir ke majlis Walimatul Urus Hazman Yani dan isteri.

Juga berlangsung majlis perkahwinan si jejaka Perlis, Muhammad Maahi Latiff dan pasangan beliau, Maisarah pada 3 September 2011 (Sabtu) bersamaan 5 Syawal 1432 di perkarangan rumah ayah beliau yang tidak asing lagi bagi semua warga Gen10 iaitu Pakcik Abdul Latiff.

Warga Gen10 mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pengantin yang telah meneruskan perjuangan beliau sebagai seorang suami. Kami doakan moga diberikan kekuatan dalam membina Baitul Muslim dan berjaya dalam kehidupan berkomitmen.
Barakallahu Lakuma..
0 comments
Post a Comment