Archives

Peristiwa 20 Ramadhan

Pada 20 Ramadhan 1432 bersamaan 20 Ogos 2011 telah berlangsungnya Mini Reunion Gen-X yang dirancang secara mengejut dan terkejut di bumi yang penuh kenangan, Perlis Darul Sunnah. Kami sempat singgah di rumah Cikgu Osman Arof mendengar bancuhan dan gaulan beliau. Beliau masih maintain dalam menyebarkan formula SIIT (Sabar, Ikhlas, Iman, Taqwa). Meksipun sekejap, tetapi banyak perkara baru yang kami dapat bukan sahaja dari aspek Sejarah malah termasuklah politik, isu semasa dunia dan yang paling penting Tarbiyah Islamiyah. Moga Allah memberkati murabbi yang kami sayang, Cikgu Osman.

Sekitar pukul 6.45petang, kami bergerak menuju ke tempat yang tidak asing lagi buat warga Gen-X, Kuala Perlis untuk meneruskan "perjuangan" di sana. Sekitar 16 orang warga Gen-X yang dapat menghadirkan diri dalam program Iftar terkejut ini. Majlis bermula sejenak selepas azan Maghrib berkumandang bagi kawasan Kuala Perlis dan sama waktu dengannya. Peluang yang agak sukar untuk kumpul ramai-ramai tapi alhamdulillah, still dapat sit down bersama. Walaupun hanya 16 orang yang hadir, tapi bisingnya dapat dinisbahkan umpama satu batch yang hadir. Selamat berjuang sahabat-sahabat Gen-X sekalian.



Maahi Latif sempat membuat jemputan kepada semua warga Gen-X untuk menghadiri majlis pernikahan beliau yang bakal berlangsung pada 3 September 2011 bersamaan 5 Syawal 1432. InsyaAllah kita try susun bagi ramai dapat attend. InsyaAllah..=)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Prince of Egypt

Masih belum terlambat untuk warga Gen-X mengucapkan tahniah kepada Muhammad Zaid Rosli yang telah bergelar bapa. Untuk pengetahuan semua ahli Gen-X, beliau dan zaujah (Nadwa Kasim) kini berada di bumi Alexandria, Egypt. Beliau telah dikurniakan seorang cahaya mata putera seberat 3.5kg. Diberi nama Azzam Mujahid dimana telah selamat dilahirkan di Hospital Al-Ahly pada pukul 7.30 am, 12 Ramadhan 1432 bersamaan 12 Ogos 2011.



Moga dengan kehadiran putera Azzam Mujahid ini dapat memberi kekuatan dan semangat pada si ayah dan ibu dalam meneruskan perjalanan dakwah dan tarbiyah serta menjadi penyegar ayah si ayah yang penat study..=)
Wallahu'alam..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati